Profail Syarikat


|
KETERANGAN AM PERNIAGAAN
|
||
|---|---|---|
|
Nama Perniagaan |
: |
AM AN NAJAH ENTERPRISE |
| No. Pendaftaran Perniagaan | : |
MA0130613-K |
| Alamat Utama Perniagaan | : |
LOT 572, KG. AIR MERAH, 86800 MERSING JOHOR |
| Tarikh ditubuhkan | : |
2 JANUARI 2009 |
| Jenis Perniagaan | : |
Membuat Minyak Perubatan Tradisional, Membekal Peralatan Telekomunikasi, Alat Tulis & Barangan Komputer, Pertanian & Penternakan. |
| Bentuk Perniagaan | : |
Pemilik Tunggal |
| Pemilik Perniagaan | : |
AKWANIZAM BIN AZMI |
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
Perniagaan ini dijalankan dalam bentuk ‘Pemilikan Tunggal’ dan ianya telah ditubuhkan di atas nama “AM AN NAJAH ENTERPRISE”.
Aktiviti utama perniagaan ini adalah menghasilkan minyak kelapa dara atau ANNAJAH VCO (Virgin Coconut Oil). Di samping itu, perniagaan ini juga memberi tumpuan kepada jualan minyak kesihatan tersebut.
Perniagaan ini menjual minyak kelapa dara dalam 3 jenis botol yang berbeza seperti mana berikut dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.
| Jenis |
Harga |
|
|---|---|---|
| (a) | Botol dengan kandungan 85 ml | RM 20.00 |
| (b) | Botol dengan kandungan 60 ml | RM 15.00 |
| (c) | Botol spray dengan kandungan 120 ml | RM 40.00 |
Buat masa ini, pihak perniagaan memproses minyak kelapa dara secara kaedah tradisional dan telah menggunakan beberapa mesin yang penting bagi menghasilkan santan dengan kadar yang banyak dan cepat. Antara mesin yang telah digunakan ialah mesin kopek tempurung kelapa, mesin pengisar isi kelapa dan mesin perah santan.
Perniagaan yang dijalankan ini mempunyai potensi untuk berkembang maju pada masa kini dan akan datang. Ini adalah kerana perniagaan minyak kelapa dara mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelanggan.
Pihak perniagaan sentiasa menggunakan kelapa yang baik dan berkualiti disamping menekankan pemprosesan yang bersih dan sihat. Ini bagi memastikan minyak kelapa dara yang dihasilkan berkualiti tinggi, berkhasiat dan memenuhi citarasa pelanggan.
Terakhir dikemaskini (Isnin, 26 April 2010 02:08)






